YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS PENGURUSAN STOR
RASIONAL
Rumah stor, bilik stor ataupun ruang stor merupakan tempat yang dikhususkan untuk menyimpan barang-barang, peralatan dan kelengkapan yang belum dan sudah guna. Rata-rata sesebuah organisasi membelanjakan empat puluh peratus daripada belanjawan mengurus tahunan untuk memperoleh barang-barang keperluan. Untuk menjamin kelancaran operasi kerja yang sememangnya memerlukan sokongan sumber `materials and machines' maka tidak dapat tidak sesebuah organisasi itu perlu memegang stok. Stok yang disimpan ini pula memerlukan sistem pengurusan yang efektif dan berkesan supaya tidak berlaku pembaziran dan kerugian kepada organisasi.

Lanjutan daripada kurangnya pemerhatian pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pengurusan stor, maka timbullah masalah dan kelemahan seperti berikut :-

  • Kepincangan dalam sistem pengurusan stor menjejaskan kelancaran prestasi harian organisasi.
  • Kurang kerjasama, persefahaman dan salah sangka di antara pengguna dengan pihak stor.
  • Pembaziran dan kerugian yang tinggi disebabkan pegangan `high stock level' atau `zero stock balance'.
  • Kakitangan yang tidak terlatih mewarisi sistem dan budaya kerja yang dibimbing dan diterapkan oleh pekerja lama.


OBJEKTIF
 

Di akhir kursus ini nanti adalah diharapkan peserta akan :

  • Dapat mengetahui dan memahami sejelas mungkin tentang konsep, prinsip dan teknik yang berkesan dalam aktiviti pengurusan stor;
  • Menjadi lebih cekap, mahir dan produktif dan mengendalikan urusan pergerakan dan mengawal stok serta keselamatan rumah stor;
  • Dapat mengamalkan nilai-nilai penjimatan kos dan peningkatan keuntungan melalui usaha-usaha mengurangkan pembaziran dan kawalan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan.

KANDUNGAN

  • Pengenalan Kepada Konsep Bekalan
  • Kawalan Stok
  • Menyeluruh
  • Keseragaman & Pengkodan
  • Asas Pembelian
  • Keselamatan Stor
  • Operasi Rumah Stor
  • Pemeriksaan Stok
  • Fungsi `Returned Stores'
  • Pelupusan Stok
PESERTA

Kumpulan Sokongan

TAJUK : KURSUS PENGURUSAN STOR
TARIKH : 10 -12 FEBRUARI 2010
Tempat : KUALA LUMPUR
YURAN UNTUK SEORANG PESERTA :
.
Tanpa Penginapan
Berpenginapan Dua Sebilik (Twin)
Berpenginapan Perseorangan (Single)
AHLI 
RM520.00
RM770.00
RM870.00
B/AHLI 
RM670.00
RM920.00
RM1020.00
* Tanpa Penginapan : Yuran kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan makan tengahari sahaja 
* Berpenginapan : Yuran kursus termasuk sarapan, jamuan ringan pagi/petang, makan tengahari dan makan malam 
    'check in' pada 9/2/2010 (selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 12/2/2010 (12.00 tgh.)
*Sila (/ ) pilihan di borang penyertaan
PEMBAYARAN : Cek hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN Akaun CIMB Bank PWTC: 14200002276-05-6

Potongan 10% ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang atau lebih peserta untuk satu program/kursus. 

SIJIL : Para peserta akan menerima sijil penyertaan
TARIKH TUTUP : 27 JANUARI 2010
CARA MEMOHON : Sila isikan borang dan dikembalikan kepada:-
Setiausaha Kerja
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my e-mail- pbbbm@po.jaring.my

Borang Penyertaan