|
YAYASAN
AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia) |
| KURSUS
PEMUPUKAN SIKAP POSITIF DALAM PEKERJAAN |
| RASIONAL |
Secara
umum aspirasi Kerajaan ini diterima baik , akan tetapi masih terdapat kakitangan
yang kurang menerima atau tidak `receptive' terhadap tuntutan dan perubahan
yang diketengahkan oleh Kerajaan. Situasi ini berlaku mungkin disebabkan
faktor-faktor berikut:
- Kurang faham matlamat
pembaharuan dan perubahan yang diperkenalkan dalam sistem Penyampaian
sekarang ;
- Masih terikat lagi
dengan falsafah " Low risk - Low reward" dan tidak mahu mengetahui
potensi diri;
- Tidak memahami
objektif Jabatan, matlamat bekerja dan kepuasan menyumbang ;
- Tidak faham peranan
dan tanggungjawab, parameter perundangan kerja dan kurang disiplin diri.
- Masalah peribadi
yang senantiasa mementingkan upah walau terpaksa berikhtiar menghalalkan
perkara yang haram dan berunsur rasuah.
Amnya faktor-faktor
diatas menyumbang kepada sikap negatif dikalangan kakitangan walaupun
pada hakikatnya mereka menyedari keperluan untuk menyesuaikan diri dengan
tuntutan persekitaran, angin perubahan dan menyumbang secara produktif.
|
| KANDUNGAN
KURSUS |
- Isu-isu sikap negatif
dan kesan terhadap prestasi serta imej organisasi;
- Penerokaan terhadap
punca wujudnya sikap negatif dilihat dari sudut hubungan kemanusiaan,
environmen kerja dan keberkesanan komunikasi, produktiviti/output kerja
- Memahami masalah,
isu dan konflik diri dengan penekanan motivasi diri
- Asas pemupukan
sikap melalui kefahaman terhadap visi, misi dan objektif organisasi
- Memperjelaskan
peranan, tanggungjawab, konsep kerja dan pengukuran prestasi serta produktiviti
kakitangan
- Membina kesedaran
bekerja untuk memajukan potensi diri (self transformation) bekerja sebagai
satu pasukan disamping menilai sumbangan sebagai warga sesebuah organisasi
- Penerapan sistem
nilai diri sebagai paksi kepada pembentukan etika kerja dan amalan budaya
kerja positif.
- Menerapkan nilai-nilai
semasa seperti pengurusan diri, pengurusan masa, integriti, akauntabiliti,
kreativiti dan inovasi.
- Pembinaan iltizam
melalui pelan tindakan jangkauan masa (time jump)
|
| PESERTA |
|
Kumpulan Sokongan |
| TAJUK
: KURSUS PEMUPUKAN SIKAP POSITIF DALAM PEKERJAAN |
| TARIKH |
: |
10
- 12 MAC 2010 |
| Tempat |
: |
KUALA
LUMPUR |
|
|
|
| YURAN
UNTUK SEORANG PESERTA : |
| . |
Tanpa
Penginapan
|
Berpenginapan
Dua Sebilik (Twin)
|
Berpenginapan
Perseorangan (Single)
|
| AHLI |
RM520.00
|
RM770.00
|
RM870.00
|
| B/AHLI |
RM670.00
|
RM920.00
|
RM1020.00
|
|
| |
|
|
|
| *
Tanpa Penginapan |
: |
Yuran
kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan makan tengahari sahaja |
| *
Berpenginapan |
: |
Yuran
kursus termasuk sarapan, jamuan ringan pagi/petang, makan tengahari
dan makan malam |
| |
|
'check
in' pada 9/3/2010 (selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 12/3/2010 (12.00 tgh.) |
| *Sila
(/ ) pilihan di borang penyertaan |
| PEMBAYARAN |
: |
Cek
hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN'
Akaun CIMB Bank
PWTC: 14200002276-05-6
Potongan 10%
ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang
atau lebih peserta untuk satu program/kursus. |
| SIJIL |
: |
Para
peserta akan menerima sijil penyertaan |
| TARIKH
TUTUP |
: |
23
FEBRUARI 2010 |
| CARA
MEMOHON |
: |
Sila
isikan borang dan dikembalikan kepada:-
Setiausaha Kerja
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan
Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my e-mail- pbbbm@po.jaring.my |
|
|
|
Borang
Penyertaan |
|