YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS PENGURUSAN SKIM CUTI
RASIONAL

Skim cuti disediakan untuk pegawai dalam sektor awam. Tatacara pemberian kemudahan itu diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab C 1974 dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh JPA dari semasa ke semasa. Pemakaiannya adalah untuk pegawai perkhidmatan awam Persekutuan.

Pemakaian kepada pihak berkuasa Negeri, Badan Berkanun dan pihak berkuasa Tempatan adalah tertakluk kepada "terima pakai" skim oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Perlanggaran kepada syarat-syarat pemberian perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan JPA. Kesilapan pemberian boleh menyebabkan pemberian faedah pencen, award wang tunai GCR dan lain-lain yang berkaitan menjadi terjejas.

Asas pemberian adalah mengikut kelayakan. Ada jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan. Bukan semua "cuti separuh gaji" dan "tanpa gaji" diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan. Terdapat jenis cuti yang layak diberi bagi tujuan tertentu.

Pemberian cuti juga boleh menyebabkan perubahan pergerakan gaji tahunan. Ada jenis-jenis cuti yang melayakkan pergerakan gaji, pergerakan gaji secara isyarat dan tidak melayakkan pergerakan gaji. Senario ini memberi kesan secara terus kepada kaedah menentukan kelayakkan cuti rehat yang akhirnya melibatkan tatacara pengumpulan untuk gantian cuti rehat (GCR). Tatacara itu termasuk kaedah pencatatan cuti-cuti yang diberi dalam buku rekod perkhidmatan (BRP).

OBJEKTIF
  • Menambahkan pengetahuan dan kefahaman mengenai skim cuti;
  • Menambahkan kemahiran di dalam aplikasi pemberian kemudahan cuti; dan
  • Mendapat kesedaran untuk menguruskan skim cuti dengan lebih berkesan

 

KANDUNGAN
  • Skim Cuti
  • Cuti Rehat
  • Cuti Sakit
  • Lain-lain Jenis Cuti
  • Gantian Cuti Rehat (GCR)
  • Bengkel Membersarakan pegawai selepas Cuti Sakit
  • Menyemak Rekod Cuti dalam BRP
  • Pengumpulan Cuti Rehat untuk GCR

 

 

PESERTA
Terbuka
TAJUK : KURSUS PENGURUSAN SKIM CUTI
TARIKH : 12 - 14 MEI 2010
TEMPAT : KUALA LUMPUR
YURAN UNTUK SEORANG PESERTA :
.
Tanpa Penginapan
Berpenginapan Dua Sebilik (Twin)
Berpenginapan Perseorangan (Single)
AHLI 
RM520.00
RM770.00
RM870.00
B/AHLI 
RM670.00
RM920.00
RM1020.00
 
* Berpenginapan : Yuran kursus termasuk jamuan berbuka puasa dan sahur sahaja 
    'check in' pada 11/5/2010 (selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 14/5/2010(12.00 tgh.)
*Sila (/ ) pilihan di borang penyertaan
PEMBAYARAN : Cek hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN Akaun CIMB Bank PWTC: 14200002276-05-6

Potongan 10% ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang atau lebih peserta untuk satu program/kursus. 

SIJIL : Para peserta akan menerima sijil penyertaan
TARIKH TUTUP : 28 APRIL 2010
CARA MEMOHON : Sila isikan borang dan dikembalikan kepada:-
Setiausaha Kerja
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my e-mail- pbbbm@po.jaring.my

Borang Penyertaan