YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS PELUPUSAN REKOD DAN FAIL TIDAK AKTIF
RASIONAL
Agensi-agensi kerajaan banyak mewujudkan rekod-rekod dalam urusan harian. Selepas selesai rekod-rekod ini digunakan bagi pelbagai urusan kerajaan, satu masa kelak sebahagian besar daripada rekod-rekod ini tidak diperlukan lagi bagi urusan-urusan seterusnya kerana semua tindakan ke atas selesai diuruskan. Rekod-rekod yang dianggap tidak lagi aktif akan tersimpan di agensi-agensi kerajaan. Ianya akan memerlukan ruang, peralatan dan tenaga kerja bagi menguruskannya. Sebenarnya rekod-rekod yang tidak aktif ini boleh dilupuskan menerusi undang-undang peraturan yang ada. Peserta-peserta program kursus ini akan didedahkan dengan segala prosedur dan tatacara pelupusan rekod.

OBJEKTIF
  • Memahami kaedah menentukan rekod-rekod tidak bernilai dan yang bernilai kekal.
  • Memahami dan mengenal pasti serta dapat menyelamatkan rekod bertaraf arkib.
  • Memahami kaedah membuat penilaian ke atas rekod tidak aktif.
  • Mengasingkan dan memisahkan rekod aktif dan tidak aktif.
  • Memahami kerja-kerja pelupusan bagi tujuan pemindahan/pemusnahan mengikut prosedur/peraturan yang sedia ada.
  • Menguruskan pelupusan rekod kewangan mengikut AP 150 - Lampiran M.



KANDUNGAN BENGKEL
  • Konsep penguruan rekod
  • Pendekatan/fahaman prinsip-prinsip kearkiban,
  • Kriteria pemilihan rekod bertaraf arkib
  • Penyediaan deskripsi
  • Urusan Pemindahan/perhubungan dengan Arkib Negara Malaysia
  • Sesi latihan amali


PESERTA

Terbuka

 

TAJUK : KURSUS PELUPUSAN REKOD DAN FAIL TIDAK AKTIF
TARIKH : 13 - 15 OKTOBER 2010
TEMPAT : KUALA LUMPUR
YURAN UNTUK SEORANG PESERTA :
.
Tanpa Penginapan
Berpenginapan Dua Sebilik (Twin)
Berpenginapan Perseorangan (Single)
AHLI 
RM520.00
RM770.00
RM870.00
B/AHLI 
RM670.00
RM920.00
RM1020.00
 
* Tanpa Penginapan : Yuran kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan makan tengahari sahaja 
* Berpenginapan : Yuran kursus termasuk sarapan, jamuan ringan pagi/petang, makan tengahari dan makan malam 
    'check in' pada 12/10/2010 (selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 15/10/2010(12.00 tgh.)
*Sila (/ ) pilihan di borang penyertaan
PEMBAYARAN : Cek hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN

Potongan 10% ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang atau lebih peserta untuk satu program/kursus. 

SIJIL : Para peserta akan menerima sijil penyertaan
TARIKH TUTUP : 29/9/2010
CARA MEMOHON :

Sila isikan borang dan dikembalikan kepada:-

Setiausaha Kerja
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my e-mail- pbbbm@po.jaring.my

Borang Penyertaan