YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS MEMBINA POTENSI DIRI
PENGENALAN

Setiap manusia mempunyai kelebihan dalam diri masing-masing, yang mana kelebihan itu berbeza antara satu sama lain. Kelebihan-kelebihan ini merupakan potensi yang dikurniakan Tuhan demi kebaikan manusia. Potensi yang sedia ada sekiranya tidak disedari kewujudannya serta dipupuk dengan baik, akhirnya akan hilang begitu saja. Ini merupakan kerugian kepada diri individu berkenaan dan juga organisasi tempat dia bekerja. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi membina serta meningkatkan potensi diri pekerja bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan yang bermakna terhadap hidup dan juga pekerjaan mereka.0

OBJEKTIF

  • Mengenalpasti potensi serta bakat yang ada dalam diri masing-masing.
  • Menjadikan peserta lebih prihatin terhadap kemampuan diri sendiri.
  • Mengambil tindakan ke arah memajukan diri sendiri.
  • Menjadikan peserta sebagai pekerja berpengetahuan (knowledge worker).
  • Membolehkan peserta memberikan sumbangan yang optimum terhadap organisasi dan pekerjaan mereka.
KANDUNGAN KURSUS

  • Memahami perkembangan manusia.
  • Manusia dan keunikannya.
  • Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang serta ancaman.
  • Mengenalpasti bakat serta potensi diri.
  • Memahami kreativiti dan inovasi.
  • Langkah-langkah membentuk kreativiti.
  • Mengenalpasti dan membina potensi diri.
  • Menjadi pekerja berpengetahuan.
  • Pembelajaran berterusan.

PESERTA

Kumpulan Sokongan

TAJUK : KURSUS MEMBINA POTENSI DIRI
TARIKH : 24 - 26 NOVEMBER 2010
Tempat : KUALA LUMPUR
YURAN UNTUK SEORANG PESERTA :
.
Tanpa Penginapan
Berpenginapan Dua Sebilik (Twin)
Berpenginapan Perseorangan (Single)
AHLI 
RM520.00
RM770.00
RM870.00
B/AHLI 
RM670.00
RM920.00
RM1020.00
 
 
* Tanpa Penginapan : Yuran kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan makan tengahari sahaja 
* Berpenginapan : Yuran kursus termasuk sarapan, jamuan ringan pagi/petang, makan tengahari dan makan malam 
    'check in' pada 23/11/2010(selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 26/11/2010 (12.00 tgh.)
*Sila (/ ) pilihan di borang penyertaan
PEMBAYARAN : Cek hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN

Potongan 10% ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang atau lebih peserta untuk satu program/kursus. 

SIJIL : Para peserta akan menerima sijil penyertaan
TARIKH TUTUP : 10/11/2010
CARA MEMOHON : Sila isikan borang dan dikembalikan kepada:-
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my e-mail- pbbbm@po.jaring.my

Borang Penyertaan