YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN
(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS PENGENDALIAN REKOD DAN FAIL UNTUK PTR DAN PAP
LATARBELAKANG

Buat masa kini terdapat banyak masalah dalam mengendalikan fail-fail semasa khususnya semasa menjalankan kerja pencarian, penyimpanan, pengedaran fail-fail. Seringkali didapati pengeluaran fail daripada tempat penyimpanannya tidak direkodkan begitu juga fail-fail yang disimpan semula juga tidak dicatatkan. Keadaan ini merumitkan lagi pengeluaran fail dalam masa yang dikehendaki dan ini melambatkan lagi penyampaian maklumat kepada yang memerlukan. Keadaan ini juga kadangkala mencemarkan nama baik atau imej sesebuah agensi. Oleh itu adalah diharapkan selepas menghadiri kursus ini peserta-peserta dapat mengendalikan fail-fail dengan lebih teratur dan berkesan.

OBJEKTIF KURSUS
  • Dapat memahami konsep pengurusan rekod dan fail dengan lebih mendalam.
  • Dapat menguruskan pengeluaran, penyimpanan dan pengedaran fail dengan lebih berkesan.
  • Dapat berkomunikasi dengan pihak pengguna fail dengan efektif
  • Dapat menjalankan kerja pengendalian fail dengan lebih menarik dalam suasana yang seronok
KANDUNGAN KURSUS
  • Konsep pengurusan rekod dan fail
  • Memahami komponen dalam system fail konvensyenal
  • Komunikasi berkesan dalam mengendalikan fail
  • Etika kerja dalam pejabat
  • Kaedah pengawalan pergerakan fail
  • Kerja kumpulan






PESERTA

Kumpulan Sokongan

TAJUK : KURSUS PENGENDALIAN REKOD DAN FAIL UNTUK PTR DAN PAP
TARIKH : 2 - 4 DISEMBER 2010
TEMPAT : PULAU LANGKAWI
YURAN UNTUK SEORANG PESERTA :
.
Tanpa Penginapan
Berpenginapan Dua Sebilik (Twin)
Berpenginapan Perseorangan (Single)
AHLI 
RM690.00
RM850.00
RM990.00
B/AHLI 
RM850.00
RM1000.00
RM1150.00
 
* Tanpa Penginapan : Yuran kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan makan tengahari sahaja 
* Berpenginapan : Yuran kursus termasuk sarapan, jamuan ringan pagi/petang, makan tengahari dan makan malam 
    'check in' pada 1/12/2010 (selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 4/12/2010 (12.00 tgh.)
*Sila (/ ) pilihan di borang penyertaan
PEMBAYARAN : Cek hendaklah dibuat atas nama 'YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN Akaun CIMB Bank PWTC: 14200002276-05-6

Potongan 10% ahli dan 5% bukan ahli jika sesebuah organisasi menghantar 5 orang atau lebih peserta untuk satu program/kursus. 

SIJIL : Para peserta akan menerima sijil penyertaan
TARIKH TUTUP : 18/11/2010
CARA MEMOHON : Sila isikan borang dan dikembalikan kepada:-
Setiausaha Kerja
Persatuan Badan Berkanun Malaysia
5-3F, Tingkat 3, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang off Jalan Reko, 43000 KAJANG
(u.p: Encik Mohd Nadzri Mohd Noor)
Tel. No : 03-87374531/87399249 Fax No : 03-87399250
Laman web - http://www.pbbm.org.my e-mail- pbbbm@po.jaring.my

Borang Penyertaan