AKTIVITI


Jawatankuasa Pembangunan dan Sumber Manusia

Bertanggungjawab ke atas Yayasan Amanah Latihan Berkanun yang menggerakkan aktiviti kursus dan latihan yang melibatkan bidang-bidang berikut:-
- Pengurusan Sumber Manusia
- Perhubungan Awam dan Komunikasi
- Program Menghadapi Peperiksaan Untuk Anak-anak

Jawatankuasa Pelaburan

Menjalankan urusniaga pelaburan saham di kaunter-kaunter tertentu Bursa Saham Kuala Lumpur ( BSKL) bermula Julai 1995 dan urusniaga ini diberhentikan buat sementara waktu pada Julai 1998 kerana keadaan pasaran yang tidak begitu stabil.

Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan

Bertanggungjawab untuk menyemak anggaran perbelanjaan Laporan Tahunan dan Kewangan setiap tahun, sistem perakaunan dan hal ehwal pegawai dan kakitangan urusetia.

Jawatankuasa Teknologi Maklumat

Membantu peningkatan pengurusan Teknologi Maklumat ( IT ) kepada ahli-ahli. Perkongsian maklumat demi untuk meningkatkan mutu kemajuan dan martabat Badan Berkanun. Membantu meningkatkan pembangunan penggunaan serta kemajuan Teknologi Maklumat (IT )