|
|
Logo persatuan telah direka oleh Encik Mohamed Sharif Mustapha, Ketua Kursus jabatan Grafik, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.Logo ini direka berteraskan kepada beberapa aspek penting yang mana keseluruhannya melambangkan satu gabungan erat di antara ahli-ahli yang menganggotai Persatuan ini. Aspek yang ketara sekali ialah rupabentuk logo ini sendiri. Bentuknya yang dinamik itu disusun dihasilkan dari gabungan tiga huruf (P,B,B) yang disusun rapi bagi melambangkan satu arah, tujuan dan matlamat bersama. Ini dapat dilihat dari kesinambungan dua garisan yang bergerak dari bawah berpusing ke atas di samping membentuk ketiga-tiga huruf tersebut. Dapat dilihat juga, bentuk tajam di pangkal huruk 'P' dan di hujung huruf 'B' dibentuk demikian (seperti kepala anak panah) bagi melambangkan perjalanan dua hala di antara Persatuan dan ahli-ahli dalam mencapai matlamat yang positif. Huruf-huruf P,B,B di sini membawa maksud PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA. Warna yang diutarakan merupakan aspek penting dalam melambangkan indentiti Persatuan ini. Warna MERAH dan BIRU adalah warna-warna bendera Malaysia. Secara tidak langsung Persatuan ini melalui logo tersebut, melambangkan kegiatan Kerajaan. Kedua-dua warna tersebut boleh dianggap sebagai warna-warna dinamik seperti Persatuan ini sendiri. |