PROFIL

Pendaftaran Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 14 April 1984. Jawatankuasa Protem telah mengeluarkan notis memanggil mesyuarat agong tahunan pertama pada 26 Mei 1984 bertempat di Bangunan Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Mesyuarat agong telah memilih sembilan organisasi sebagai Jawatankuasa Tertinggi Persatuan yang pertama dengan dipengerusikan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Jawatankuasa Tertinggi Pertama adalah seperti berikut:-

YBhg. Dato`Hj. Hanafiah Hj. Ahmad LUTH - Yang Dipertua
Tuan Hj. Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid ITM - Naib Yang Dipertua
Encik Mustapha Juman FELCRA - Bendahari
Encik Abu Bakar Yusof BPM - Ahli
Encik Mohd. Ridzuan Abdul Halim MARA - Ahli
Encik Mohd. Jalaluddin Zainuddin LLN - Ahli
Encik Abdul Rashid Mahmud KWSP - Ahli
YM. Raja Fauziah Raja Tun Uda PKKM - Ahli
YBhg. Datin Nor Laily Dato` Abu Bakar LPPKN - Ahli
Tuan Hj. Abdul Latif Hj. Mohd. Hassan LUTH - Setiausaha Kehormat