Latar Belakang

Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 14 April 1984 dan Yayasan Amanah Latihan Berkanun (YALB) pula di bawah Undang-undang Kecil Persatuan Badan Berkanun Malaysia yang bertujuan seperti berikut:-

Misi

Berusaha merapatkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama yang erat serta pertukaran kepakaran dengan bertujuan mempetingkatkan mutu perkhidmatan Badan-Badan Berkanun di Malaysia

Melaksanakan program dan aktiviti Pembangunan Modal Insan yang bersepadu menjurus kepada pembentukan pegawai dan kakitangan yang berdaya saing, berdaya maju dan berkualiti untuk menjadikan warga kerja kelas pertama.

Mewujudkan pelbagai bentuk aktiviti sukan dan sosial supaya dapat mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta mempereratkan lagi silaturahim yang telah wujud