Mesyuarat Agung Tahunan Ke 40 Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah diadakan pada 8 Oktober 2023 dihadiri oleh seramai 53 orang mewakili agensi/ahli. Jumlah ini adalah dianggap cukup korum membolehkan mesyuarat agung tahunan dapat dilaksanakan, seperti peruntukan Perkara X Peraturan 10.4 PBBM.

YDP selaku Pengerusi Majlis memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran Setiausaha Kehormat, Wakil Naib Yang Dipertua, Wakil Bendahari, Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi, Ketua-Ketua & Wakil Agensi/ Ahli dan semua ahli mesyuarat yang hadir.

 Sebagai Yang Dipertua yang telah diberi mandat menerajui persatuan, banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2022 terutama dari segi Latihan dan sukan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kerana memberi sokongan dan kerjasama sehingga aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mengambil kesempatan ini, YDP amat berharap ahli-ahli dapat meneruskan keterlibatan di dalam semua program-program anjuran persatuan supaya mencapai hasrat persatuan umtuk merapatkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama yang erat serta pertukaran maklumat di dalam warga kerja Badan Berkanun di Malaysia.

Seterusnya YDP memaklumkan mesyuarat kali ini adalah yang terakhir bagi beliau kerana akan bersara wajib pada 12/10/2023, beliau mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Pengurusan kerana dapat memudahkan tugas beliau melaksanakan sumbangan bakti kepada persatuan. Semoga PBBM terus maju dan gemilang pada masa – masa mendatang.