Sejarah
penubuhan Persatuan bermula pada 29 Januari 1984 apabila satu
mesyuarat diadakan di Bilik Gerakan Ibupejabat FELCRA, Jalan Bunus,
Kuala Lumpur yang bertujuan untuk menerangkan usaha mewujudkan
sebuah Persatuan bagi semua Badan Berkanun. Senarai 16 orang wakil
dari Badan-badan Berkanun telah hadir untuk membuat ketetapan
dan memberi persetujuan melantik Jawatakuasa Penubuhan Persatuan.
Jawatankuasa Penubuhan adalah seperti berikut :-
YBhg. Dato` Hj. Hanafiah Hj. Ahmad LUTH - Pengerusi
Encik Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid ITM - Timbalan Pengerusi
Encik Abu Bakar Yusof BPM - Ahli
YBhg. Datin Dr. Nor Laily Dato` Abu Bakar LPPKN - Ahli
Encik Abdul Rashid Mahmud KWSP - Ahli
YM. Raja Fauziah Raja Tun Uda PKKM - Ahli
Encik Mohd Ridzuan Abdul Halim MARA - Ahli
Encik Mohd. Jalaluddin Zainuddin LLN - Ahli
Encik Mustapha Juman FELCRA - Ahli
Tuan Hj. Abdul Latif Hj. Mohd Hassan LUTH - Setiausaha